Monday, February 23, 2009

Resepi Kek Butter Yang Gebu dan Lembut....


Ni antara kek yang sedap di tekak cik prettybaker. Gebu dan lembut...Klu nak try, silakan yee. Thanks to chef tania yang sudi berkongsi resepi...

BUTTERCAKE CHEF TANIA

10 biji telur kuning

7 biji telur putih

280 gm gula

1 tbsp Ovallette

230gm Tepung Rose

1/2 tsp Baking Powder

250 gm Butter - Melt

Pukul semua bahan kecuali butter hingga putih dan gebu dalam 7 minit. Masukkan semua sekali dalam mangkuk pun takpe, All in Method. Pastu bila dah kembang dan gebu, batter akan berwarna putih.

Masukkan melted butter sikit2 sampai habis.Semasa mencairkan butter, jangan sampai mendidih atau terlalu cair. Cukup klu butter tu lembut dan cair2 sikit. Untuk rasa yang sedap,make sure guna butter yang berkualiti.

Bakar suhu 150 selama 45min - 1 jam.

Boleh dipelbagaikan dengan perisa atau buah, choc rice ke...

Selamat mencuba.

2 comments:

alien3815 said...

tepung ros tu..tepung apa..hehhhehe baru nak blajar masak...

Farha said...

nampak gebu betul