Saturday, May 9, 2009

HAPPY MOTHER'S DAY



10 may adalah hari yg indah dalam hidup aku sejak 6 tahun yg lepas, jika sebelum ini aku hanya mengucapkan kata2 itu untuk emakku yang tersayang...tetapi sejak 6 tahun yg lepas, suami dan anak aku pulak yg akan wish kata-kata hikmat dan semangat itu pada aku. Kenapa aku kata "semangat"?? Kerana sesungguhnya hanya mereka yang bergelar ibu akan faham perjuangan yang harus dihadapi dalam kita bergelar ibu..

Pagi2 bukak mata je ada msg from my beloved hubby, mengwishkan aku Happy Mother's Day..Pastu Adam pulak bg kad, walaupun mama geram tngk tulisan Adam yg tunggang langgang tu, but its ok hari ni mama maafkan...I'm so touched. Thank you sayang...


Adik pulak dalam tak tau apa, bila abang datang cium mama, dia pun sama berlari2 nak datang hug n kiss mama...kenapa?? Pasal adik mmg pantang tengok abang bermanja dengan mama, mesti nak nyibuk sama. Tapi takpe, i take it as my Mother's Day wishes from adik okeh..


Untuk MIL , aku buatkan kek. Dalm keadaan kitaorg yg belum mandi pagi seisi keluarga, dgn bau-bauan istimewa masing2 kitaorang pun wish mak ..tapi tak ada adegan peluk-memeluk atau cium mencium diatas faktor -faktor tertrentu..


Pastu tengahari call mak aku, bukannya apa...Memang memerlukan kekuatan yg jitu untuk aku call mak, aku kumpulkan semangat agar aku tak meraung-raung, meleleh air hidung semua bila cakap ngan mak....aku rindu sangat ngan mak aku...huwaa!!


Setelah mendapat kekuatan itu hasil dari terapi aku membuat kek...aku pun call mak, Berjaya!! Aku berjaya menahan airmata walaupun bergenang dikelopak mata tatkala aku lafazkan " "Orang sayang mak"....tetapi suara pulak tersekat kat kerongkong, cehh!!


Mesti mak dapat agak, coz mak aku tau aku ni memang kelememeh...huhu.


Untuk mak, aku ingin ucapkan terima kasih diatas jasa mu selama ini. Kekuatan, semangat, usaha, kasih sayang, belaian mak menjadi sumber kekuatan untuk org didalam hidup ini. Tidak ada contoh atau idola yang dapat menandingi mak didalam hidup orang..


Tatkala orang lemah,keazaman dan semangat mak menjadi kekuatan untuk orang.

Tatlkala orang sakit, kasih sayang dan belaian mak akan menjadi penawarnya..

Tatkala orang putus asa, keazaman dan kesabaran mak membuatkan orang terus berusaha..


Terima kasih mak...

Bagi anakmu ini tidak mungkin akan ada gantinya ibu hebat bernama Jamilah Abdul Hamid .
Aku bersyukur dan bangga menjadi anakmu.
hAPPY mOTHER'S dAY pada semua...

0 comments: