Showing posts with label Birthday Cakes. Show all posts
Showing posts with label Birthday Cakes. Show all posts

Saturday, May 9, 2009

HAPPY MOTHER'S DAY



10 may adalah hari yg indah dalam hidup aku sejak 6 tahun yg lepas, jika sebelum ini aku hanya mengucapkan kata2 itu untuk emakku yang tersayang...tetapi sejak 6 tahun yg lepas, suami dan anak aku pulak yg akan wish kata-kata hikmat dan semangat itu pada aku. Kenapa aku kata "semangat"?? Kerana sesungguhnya hanya mereka yang bergelar ibu akan faham perjuangan yang harus dihadapi dalam kita bergelar ibu..

Pagi2 bukak mata je ada msg from my beloved hubby, mengwishkan aku Happy Mother's Day..Pastu Adam pulak bg kad, walaupun mama geram tngk tulisan Adam yg tunggang langgang tu, but its ok hari ni mama maafkan...I'm so touched. Thank you sayang...


Adik pulak dalam tak tau apa, bila abang datang cium mama, dia pun sama berlari2 nak datang hug n kiss mama...kenapa?? Pasal adik mmg pantang tengok abang bermanja dengan mama, mesti nak nyibuk sama. Tapi takpe, i take it as my Mother's Day wishes from adik okeh..


Untuk MIL , aku buatkan kek. Dalm keadaan kitaorg yg belum mandi pagi seisi keluarga, dgn bau-bauan istimewa masing2 kitaorang pun wish mak ..tapi tak ada adegan peluk-memeluk atau cium mencium diatas faktor -faktor tertrentu..


Pastu tengahari call mak aku, bukannya apa...Memang memerlukan kekuatan yg jitu untuk aku call mak, aku kumpulkan semangat agar aku tak meraung-raung, meleleh air hidung semua bila cakap ngan mak....aku rindu sangat ngan mak aku...huwaa!!


Setelah mendapat kekuatan itu hasil dari terapi aku membuat kek...aku pun call mak, Berjaya!! Aku berjaya menahan airmata walaupun bergenang dikelopak mata tatkala aku lafazkan " "Orang sayang mak"....tetapi suara pulak tersekat kat kerongkong, cehh!!


Mesti mak dapat agak, coz mak aku tau aku ni memang kelememeh...huhu.


Untuk mak, aku ingin ucapkan terima kasih diatas jasa mu selama ini. Kekuatan, semangat, usaha, kasih sayang, belaian mak menjadi sumber kekuatan untuk org didalam hidup ini. Tidak ada contoh atau idola yang dapat menandingi mak didalam hidup orang..


Tatkala orang lemah,keazaman dan semangat mak menjadi kekuatan untuk orang.

Tatlkala orang sakit, kasih sayang dan belaian mak akan menjadi penawarnya..

Tatkala orang putus asa, keazaman dan kesabaran mak membuatkan orang terus berusaha..


Terima kasih mak...

Bagi anakmu ini tidak mungkin akan ada gantinya ibu hebat bernama Jamilah Abdul Hamid .
Aku bersyukur dan bangga menjadi anakmu.
hAPPY mOTHER'S dAY pada semua...

Thursday, April 30, 2009

Bday Baby Alif Ali...


25 HB April, my precious baby genap 2 tahun.... Comelkan kek yang mama buat untuk ayef?? Semoga alif jadi insan yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat, menjadi manusia yang berguna untuk agama, bangsa dan negara...huhh tetiba mama over plak kan...??
To abang, jangan jeles dgn entry ni ok... Nnt mama buat yang vass untuk abang.. Hmmm, abang memang selalu nak lebey dari adik...notty, notty!!
Mama ieya yang baca entry kali ni mesti jeles tahap gaban, lebih2 lagi pic adik ngan " Fren" dia yang bau masam manis nano-nano tu.. Cikko plak jangan nak corikk gambar nih...penat aku membuat collage tu. Jangan nak corikk buat publisiti kat myspace ngan frenster. Guna anak-anak gue yang cute utk cari publisiti, nanti gue saman lue...!! Tulisan merah lagi ni...sendiri mau ingat!!








Monday, April 20, 2009

Siti Quraisyah...Heppi Bday!!



Heppi sangat Siti bila dapat kek ni, hehe. Tak berkelip mata dia...geram agak
nya tengok doll kat atas tu. As expected, mama dia bgtau mmg seperti
dijangka...Potong je kek, terus amik doll tu, gigit kepala dia...yummm!!
Wekkk...ludah balik. Manis sangat la kepala ni!!

Monday, April 13, 2009

My Steamed Buttercream






Yuhuuu....mesti uols semua borink ngan meols kan?? Ada ke perkataan meols ni? Sesuka ati aku jeee!! Ye laa, selalu je nak melepak kat sini tp takde mende baru, asyik2 barang lama jeee...huhu.

Terimalah hakikat uols bahawa Cik Prettybaker ni mmg bukan daily blogger, mmg kalau on lappy tu daily, cuma nak menghupdate tu yang tak daily...ikut sedap sendiri...
oK, now layan le puas2...ekk. Takde apa yg special, biasa2 aje.

Sunday, November 9, 2008

choc cake for family birthday party...





Made this moist choc cake with ganache toppings last sat, for Tok su family birthday party....Mesti havoc dengan tok, cucu, auntie aemua nak potong kek hehe..Hope they enjoy the cake